Showing posts with label * Diari. Show all posts
Showing posts with label * Diari. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Ucapan Ramadhan



Assalamua'laikum... aku selitkan di sini ucapan Ramadan tahun lepas. hehe ... Maaf tiada ucapan khusus tahun ini, jadinya aku ambil saja ucapan tahun lepas menyatakan perkara yang sama di bulan yang mulia ini.
Semoga kita semua bermaafan dan menjalani ibadah puasa dengan tenang.
Amin Ya Rabbal A'lamin.



Assalamua'laikum... sahabat-sahabat yang kukasihi semua, dikesempatan yang ada ini, angah ingin memohon maaf andai ada tersilap kata. terkasar perilaku dan juga mana mana sajak dan puisi atau posting angah yang telah menyinggung perasaan kalian.
 
Atas urusan-urusan dan tanggungjawap yang tak dapat dielakkan angah mohon undur diri... moga kita ketemu semula di hari raya nanti... apapun semoga kalian berbahagia sentiasa, dirahmati, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, diberi ruang dan peluang untuk beribadah. diberikan kemaafan yang sewajarnya dan diberikan ruang yang cukup luas untuk menempuh kehidupan.

 
Salam Ramadhan untuk semua dan
Selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat bersahur.

Assalam...
Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh wamagfiratuh wariwa ridduanna..

amin

Thursday, 30 May 2013

NTAHAPAPA-NTAH



Dulu masa zaman kanak-kanak, aku teringin nak jadi ULTRAMAN. Sebab apa? Sebab boleh jadi herolah, apa lagikan, boleh selamatkan orang ramai, boleh lawan dengan raksaksa (kononnya macam kuatlah) dan yang paling best boleh 'fire' sana 'fire' sini (sesuka hati aku je nak 'fire' orang kan). Namun aku terpaksa menangguhkan cita-cita aku tu sebab tak sesuai utraman ada kat negara Malaysia ni. Biarlah dia duduk kat jepun je. 

Lepas tu aku cuba pula pasang cita-cita nak jadi polis angkasa GABAN. Sebab? Sebab gaban ni nampak real sikit. boleh jadi orang boleh jadi robot polis. yang best tu ada kereta laju dan ada piring terbang. Boleh terbang sesuka hati. Paling aku suka lagunya. hu tangkap leleh beb (senyum). Tak percaya? Cuba korang nyanyi, pasti korang ... (sambung sendiri).
Cita-cita untuk menjadi gaban pun terpaksa aku tangguhkan sebab ramai sangat yang ejek perkataan gaban tu. Gila gabanlah, meng-gabanlah, 'Ntahapapa-ntah'. Tu yang buat apa jadi menyampah. Gaban betullah diorang.

Baru sebentar tadi terdengar lagu utraman dan gaban mengingatkan aku kembali zaman kanak-kanak. yelahkan bak kata buah hati, MEMORI - baru dia post prosa tu semalam. Ni macam rasa nak meng-gaban orang je nih. nak macam ultraman, 'fire' sana sini. kalau yang terkena 'fire' tak tentu hala tu, jangan marah ya. Gurauan hari ini mungkin kasar (senyum).

Aku dalam mood Ntahapapa-ntah.

.
Angah Arie 
080413 16:30

Monday, 25 March 2013

Biol


BIOL (BIUL) - Kesengalan ini mencipta suatu cerita baru dan menghidupkan suatu cerita lama di alam celik yang buta ni - alam 'dalam botol' lah, apa lagi. Ia bagai suatu jalinan yang sering meniti umpama malam menanti siang dan siang menanti malam.

Sampai bila nak habis dah? cerita kesengalan ini sering menujah dan menerjah dalam kepala otak 'putih hitam' aku nih. Bodoh dan bangang bukan suatu subjek yang utama yang perlu dikupas seperti mengupas bawang tetapi ... kebodohan dan kebanganggan untuk menonjolkan 'bodoh dan bangang' itu sudah menjadi suatu klise yang sangat meruah laksana ada saja tiang lampu di setiap lorong dalam botol nih.

Ini bukan zaman tak cukup baju atau seluar jean koyak, boleh terjah ke luar laman menayang 'tren'. sebaliknya inilah zaman gah berdiri di tengah jalan menanggalkan pakaian untuk membuktikan perkasa dan jelita sambil tayang 'anu'. Buktinya tiang-tiang lampu tanpa mentol berdiri megah di banyak lorong. Maka terbaringlah akal-akal si kelakatu-kelakatu mencari cahaya lampu. Akhirnya hilang tanpa nisan, mati sebelum ajal. Sampai bila nak baling batu ke awan. Nanti-nantinya kembali semula dalam diri. masa tu tiada lagi tepuk tangan sambil nyanyi lagu tepuk amai amai belalang kupu kupu.. masa tu mungkin nyanyi lagu "lancang kuning" kot. 

Aku melihat dari mata kesengalan seorang budak ini dengan hatinya budak yang kau sering panggil 'Budak sengal' dengan nada rasa yang memang sangat sengal. Dari ruang kesengalan aku ini, dapat kulihat engkau, engkau dan engkau... yang sekalian engkau ini menunding ketika berdiri, menunduk ketika duduk. Duhai yang masih mampu kupanggil "KAWAN" usahlah beremosi, kitakan masih berpijak di bumi. jangan pula terlalu berambisi, pena kita pun suatu masa akan terhenti. Timbang rasalah sikit. Bawa empati dalam diri dan bimbit nuraga dalam hati. 

Ini bukan magnet simpati dari aku, bukan juga menjual nada-nada simpasi, ini sekadar cubitan naluri dan nurani selagi-lagi.
Tak mengapalah kalau engkau, engkau dan engkau atau sekalian engkau pandang aku dengan jeling, aku tetap senyum sindir kerna kita ... kita ini masih bersalaman tanpa bertatapan.

Korang memang BIUL dalam pandangan RUANG SENGAL aku.

.
Angah Arie 
Seremban 250313 23:00

Sunday, 24 March 2013

Adil

Kita sering meminta dan berharap orang lain bersikap jujur dengan kita dan kita akan mudah tersinggung apabila orang lain membohongi kita. Apakah yang kita harapkan kalau kita sendiri tidak jujur dengan orang lain. Adakah itu adil?
Jangan mengharapkan sesuatu yang kita sendiri tak mampu buat.
Muhasabah diriku.

Kita sering meminta kebahagiaan sedangkan kita sering mengambil kebahagiaan orang lain. Adakah itu adil? 
Jangan meminta kebahagian untuk kita sedang kita merampas kebahagiaan orang lain.
Muhasabah diriku.

Bukan dunia yang tidak adil tapi kita sebenarnya yang sering tidak adil pada diri kita dan pada orang lain. Kita sering mengatakan kita melakukan yang terbaik. Terbaik kah?

Suatu masa nanti bila tiada kejujuran lagi untuk kita..yang ada hanya pembohongan dan apabila kebahagiaan kita dirampas, baru kita akan benar-benar faham setiap apa yang kita lakukan. Masa itu adakah kita akan berkata kita dah lakukan yang terbaik.

Tuhan itu maha adilkan. hari ni kita senyum. esok mungkin kita menangis.. tak mengapa kalau hari ini kita pandang dengan jeling. mungkin esok kita senyum sindir. sapa tahu kan.


. Angah Arie
240313 16:00

Thursday, 14 March 2013

Terkilan


Aku mencuba yang terbaik yang aku mampu untuk semua. Namun kadang kadang hati mudah terasa apabila kejujuran dan kesungguhan dipersoalkan sana sini. bukan sekali malah ia menjadi klise yang menyebabkan diri terpaksa menerima setiap kekurangan. satu demi satu persoalan timbul dalam kepala otak aku nih. kenapa menerjah aku dengan soalan demi soalan andai diri sendiripun tak suka diterjah. malam ini aku sedar satu perkara. begitu sukar orang nak mempercayai aku walaupun aku sering meletakkan kepercayaan kepada semua. Aku tak suka diri dilabelkan sebagai penipu sebab rasanya aku dah lepaskan semuanya dengan jujur pada setiap detik yang berlaku.

Banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni membuatkan aku jadi DIAM. Aku hadirkan diri untuk membawa gembira untuk semua bukan kesedihan. Namun aku sedar kini, kekurangan yang aku ada tidak memungkinkan aku untuk mengembirakan lebih lebih lagi buat insan insan berhati tisu atau berjiwa kristal. Mungkin aku juga berhati kristal.. semalam pun ada yang melabelkan aku sebegitu. memang sejak duamenjak nih aku banyak tersentuh dengan pelbagai perkara. tapi bila aku fikirkan teliti.. mana ada manusia yang tahu semua perkara dalam hati insan lain selain dengan luahan dan perbincangan. Susah benar untuk memegang hati sendiri apatah lagi memegang hati insan lain..

Apa yang aku perlukan dalam hidup adalah percaya. tetapi itulah yang sering aku tidak memperolehinya. dan ia menjadi suatu perkara yang sangat menyedihkan apatah lagi datang dari insan-insan yang aku sayangi. Susah benar ke untuk mempercayai insan seperti aku. Aku menulis dan dari penulisan aku, banyak perkara yang perlu disingkap. ia bukan rahsia cuma ia tidak kena dengan masa dan keadaan. kadang2 kita sukar mengetahui apa kehendak hati seseorang..

Ya mungkin aku terlalu bersikap jujur hingga semuanya yang ada dalam hati.. aku lepaskan, aku ceritakan. mungkin kerana ini banyak jiwa yang sangsi. ya mungkin selepas ini aku harus merahsiakan banyak perkara yang ada dalam hati dan berkata perkara yang perlu sahaja untuk memuaskan hati semua. jadinya biar rasa hati ini tersimpan begitu saja. 

Aku insan biasa yang kadang kadang buat orang gembira dan kadang2 buat orang sedih. kerana itu aku minta maaf atas segala kelebihan dan kekurangan aku. Sedari tadi, kesedihan yang singgah ini membuatkan aku lebih beku.

Tuesday, 12 March 2013

Kemalangan


Mood nak menulis dah jadi lain nih. Badan pun dah semakin sengal. 
mungkin impak dentuman siang tadi. aduhai, patah kaki laa esok. kereta masuk bengkel. 
nasib baik aku tak masuk bengkel sekali.. huhuhu...

Saturday, 9 March 2013

Dunia Ini Bulat


Dunia ini kan bulat. Kerana itu kita sering tergolek walaupun berada di atas. Maka kita harus akur dengan banyak pujangga kata, antaranya "hidup umpama roda adakala di atas adakala di bawah" ataupun 'Langit tak sentiasa cerah' atau banyak lagi yang boleh kita fikirkan dan bawa dalam kehidupan. Apakah kita benar benar faham tentang setiap yang berlaku dan apakah kita simpati pada diri atau membawa empati dalam hidup.

Hidup ini memberi dan menerima. adakalanya menerima tidak semestinya kita harus kembali memberi. Adakalanya juga kita memberi tidak semestinya kita mengharap kita menerima. Tapi lumrahnya begitu... memberi dan menerima.. saling bergantung antara satu sama lain.
Sebagaimana kita menghargai dan mencurahkan kasih sayang kita, sebegitulah jua kita akan dihargai dan disayangi. Setimpal dan seadilnya.

Namun mungkin adakalanya kita akan dapat lebihan atau kurangan dari yang sepatutnya..mungkin ia lebih menyakitkan atau ia lebih membahagiakan...
Apakah kita harus bersedih dengan jalan yang kita pilih.. atau haruskah kita mengalah dengan dugaan dalam kehidupan.

Aku pernah merasakan salah satu dansalah satu itu yang aku ingat sampai hari ini dan mungkin sampai bila-bila. kerana yang aku terima salah satu itu yang telah menampar aku hingga rebah ke aras paling bawah.

Adilkan?

.
Angah Arie
Seremban 090313 20:30

Friday, 8 March 2013

Insan Beku



Salam pagi Jumaat.

Pagi ini aku rasa macam nak hilangkan diri seketika ... beberapa hari ke? Sepertinya apa semua yang berlaku adalah salah aku. Sepertinya aku punca setiap kesedihan dan keresahan yang hadir. Betullah kata orang, kadang kadang diam itu lebih bererti. Terlalu banyak cakap, nanti orang benci.

Adakalanya aku juga jadi takut nak luahkan pandangan walaupun diminta, kerana bagi hati-hati yang lembut, pasti terguris walaupun kata-kataku setenang air. 

Teringat seorang sahabat, Aniza Wahit, pernah menulis... "Insan Beku". Aku melihat insan beku dalam diriku sekarang, namun mungkin dari perspektif dan ruang yang berbeza. Mungkin aku perlu membatukan diri, tiada perasaan. Jadi beku.

Apa yang dapat aku fahami pagi ini... kadang kadang kita amat mengharapkan yang terbaik atau melakukan yang terbaik kerana nilai yang ada dalam diri. Namun mungkin kita sering lupa itu bukan satu alasan untuk kita mengharapkan dihargai.

Maaf kawan, andai tutur kataku merimaskan atau mengusik ketenangan. Aku tahu aku perlu sedar. 

Diriku bukan siapa. 
Hanya menumpang pada banyak perkara.

~Aku~
08032013  10:15 

Wednesday, 17 October 2012

A MAN OF VISION (To my respected principal 1988-1993)

Y ou are the inspiration of sms muar
A firm believer of action not words
A lways striving to overcome great odds
K ind, compassionate and magnanimous to all
O pen and receptive to ideas and innovations
P ensive by nature, progressive in thought

E xtrolling the virtues of honest hard work
D emanding from each, nothing but the best
E xcellence being the paramount objective
R ealising the dreams and aspirations
I nscribed indelibly in letters of gold, We
S alute a man of vision
..... - Arwahyarham Datuk Haji Yaakop bin Ederis

** thank you to whom dedicated this poem to my father. thank you very much ..i'm very appreciate to this kind of tributed..
-angah arie-

Saturday, 21 July 2012

Tak Terungkap III

Tergantung di dinding kamar
wajah-wajah Ramadan
di sudut meja
sebuah potret tersenyum
potret seorang angah arie
potret seorang Muhamad Nazri
Ramadan sekali ini
beribu erti.

Malam ini
syukurnya tak terungkap
tangan menadah basah
akuku gugur di dasar redha.

Alhamdulillah.


.
Angah Arie
Diari jingga Seremban
210712  00;01


Tuesday, 3 July 2012

Rasopariso Dihujani Bayang

Rasopariso dihujani bayang
semakin ...
Semakin pekat
semakin terikat
kau yang melakarkan rahsia
kamilah yang menampi makna.

Masih lagi
belum bertemu titik
di kiri tersenyum di kanan ketawa
di antaranya, berseloka
kamilah menanti lebatnya.

Rasopariso kini dihujani bayang
bersiduga meriah dan sayembara.
bersilang sepi jualah mengugah ...
terkadang hilang dalam kekosongan makna.

Angin yang beradab ini
membawa dulu yang hilang.
Sepoi yang membelai
masih ada yang tersimpan.
Kenangan.

akumu hilangkah dalam riuh
akuku yang melakarnya
di hujung pena ... .

.
Angah Arie
Delusani Seremban
03072012 20:15

Thursday, 16 February 2012

Coretan Malam

sunyi nya malam ini tak ramai yang ada.. yang ada pun senyap.. bila lihat jam di tangan oo, patutlah dah pukul 12 lebih, dekat kul 1 pagi hehehe..

apa nak buat..? erm.. nak komen malas laa sebab tengah kesengalan ehhe.. silap komen kang ada pulak yang terasa.. takut ada terasa hati lak kan.. kadang kadang apa kita maksudkan lain pulak yang difikirkan.. kadang kadang susah jugak nak bersikap adil pada semua nih.. biarlah apa jua anggapan orang ..taknak pisang berbuah dua tiga kali nih.. yang penting.. kita hidup kawan tetap kawan.. 

heheehe.. bagi yang masih berjaga.. meh kita layan lagu.. aku pun tak tahu nak post lagu apa.. yang aku tahu malam nih seperti mata susah nak lelap.. habis satu masalah, masalah lain yang timbul tak mengapa kita rehat sebentar melayarkan diri di maya ini.. lupakan seketika perkara dunia.. huhu.. esok esok settle laa tu..

erm.. sunyi beb memang sunyi sekarang nih.. apa nak buat nih..tangan rajin nak nulis je.. idea takde nih.. mau kang aku layan komen je kat post kawan kawan nih.. terjah.. hehehe.. tak maulah.. nanti lain lak jadinya.. takut orang lain yang terjah aku ehheheeh... 

erm.. haaaa.. membaca je lah.. apa yang patut.. k jom kita membaca.. membaca kan amalan yang mulia.. tambah pengetahuan..

Wednesday, 15 February 2012

Tak Berbingkai

Lukisan ini tersergam mewah di gantungkan di ruangan tamu
wajahnya cantik bak tak ternilai namun sayangnya tidak berbingkai
malah angin meniup ke kanan, lukisan ke kanan jadinya
bila angin meniup ke kiri, maka ke kiri jugalah perginya
lukisan yang dicoretkan dengan banyak garis pemikiran, berbeza-beza
begitu ramai yang mewarnai lukisan agar terserlah warninya


ada juga yang tak sampai dek tangan kerana mungkin lukisan cukup tinggi
namun ada yang rendah mampu menyentuh,
mampu menyentuh kerana di angkat oleh keramaian yang bernama puak
jadi bagaimana pula nasibnya yang datang secara bersendiri ?


lalu sekali ini, seorang aku dari bawah melihat lukisan dan keramaian
alangkah indahnya andai lukisan ini berbingkai, biar semua dapat menikmati...

Aku berlalu sebagai insan kecil dengan lengkung yang sentiasa bertamu.

.
Angah Arie
Delusani, Seremban N9
15022012 16:30

Sunday, 12 February 2012

Sedari Tadi

Sedari tadi
aduhai embun senyum memayungi pagi
kicau burung bersiulan berlagu riang
menjemput senang

Sedari tadi
aduhai angin datang bawa khabar hujan
mentari pun rebah disapa mendung awan
dan senja satu persinggahan, menanti bulan

Sedari tadi
aduhai kesiangan telah pergi
tinggalkan rindu di langit malam
bintang tidak kelihatan

Sedari tadi
aku peluk acuan hari
aduhai sendiri

.
Angah Arie
Delusani, Seremban N9
12022012 16:30

Tuesday, 26 October 2010

Hujung Hujung Kena


Suatu petang di kedai kereta (tayar)...

(Angah) : Opps..kuat pulak vibrato handset nih..malaun mana nih..

(Lan) : Adik nak minum milo..hallo

(Angah) : hoit..perut aku senak... apa kau nak?

Lan : Wei ngah, pokok kelapa pokok sena.. kat mana?

(Angah) : Roti canai roti ban.. aku kat seremban..

Lan : hoit balik kampung ko ngah...apa ko buat sana hah..?

(Angah) : hoit ! dah lah Lan, penat aarr...

Lan : ko buat apa seremban?

(Angah) : buat bodoh je

Lan : lorh main-main lak..orang tanya betul-betul ni..ko kat seremban kat rumah?

(Angah) : Tak ah..kat kedai tayar..

Lan : la..kedai tayar? apa bikin?

(Angah) : Basuh baju..

Lan : hahh..?? basuh baju?

(Angah) : aa ahh..

Lan : kedai tayar?..err ko basuh baju kat kedai tayar..?....??

(Angah) : Agak-agaklah..! pergi kedai tayar ganti tayar laa..takkan basuh baju
pulak..soalan isk.. sengal laa ko..!

Lan : celako ko ngah!!
hujung-hujung kena gak aku..

(Angah) : aku tunggu tayar nih haa..lambat pulak siapnyer..

Lan : Ngah nak follow memancing..?

(Angah) : wei..nak. kat mana?

Lan : Dataran merdeka.

(Angah) : Dataran merdeka?..erm..banyak ikan ke sana?

Lan : Selenge laa ko ngah.. lembab pucuk ubi !! kat dataran mana ada ikan...
Ikan cari kat laut laaa

(Angah) : Perghhh....! hujung-hujung kena gak aku...balas dendam nampak ! dodol
hangit la ko

Lan : ha ha ha ha .. lek aarr.. sengal

(Angah) : eh ehh.. memaku dulang kee?

Lan : Biasa lah,naik beca..takkan nak kayuh jee..sesekali biar orang lain kayuh

(Angah) : Lan.. nak dengar teka teki tak..tengah bosan nih..

Lan : wa la wei.. teka boleh teki pun boleh...jangan pantun sudah..

(Angah) : ada minah mana aa tanya aku..macam senang ..tapi susah gak..

Lan : apa dia?

(Angah) : macam mana bunyi talian telepon putus..?

Lan : hahaha wei..ko hilang akal ke hilang ingatan. ni soalan budak tadika pun
boleh jawap.. bunyi talian putus tut tut tut laaa..

(Angah) : salah tu lan..

Lan : laa...habis tu?

(Angah) : macam nih...
(talian telah diputuskan)

(Angah) : huh ! ..puas hati aku

Lan : ngah?..hallo..hallo.. ngah..!
Apahal lak nih,..habis kredit kee?.. oit ! celako ! (baru tersedar)
Angah lanun !! angah monyet !! aduhaiii...hujung-hujung terkena gak aku..

(Angah) : tokey !! adui..isk.. wa punya tayar bila mau siap dah..2 tayarpun mau bikin
18 jam ka?

tokey : aiya.. lu sabar laa! 18 minit pun belum sampai lagi.. wa punya tangan pun
dua saja.. tengah bikin lu punya tayar nih..

(Angah) : alah tokey, sikit pun mau angin ka? lu hati tisu laa ! macam ni...erm..wa
pergi sebelah minum laa k..nanti wa mari..

tokey : okey-okey...lagi 18 jam lu mari..

(Angah) : hah ! wei lu jangan main-main !

tokey : aiya..jangan jerit laa

(Angah) : 18 jam? wa mau balik Kuala Lumpur oo

tokey : 18 minit..!

(Angah) : haaa 18 minit ok..lu bikin panas line laa

tokey : huiii.. haaah..hati tisu !

(Angah) : uik ! pulak... kena lagi aku...haaahh..! malas layan..

Aku beredar ke kedai sebelah untuk minum.. biarlah anak cina tu buat kerja dia..

senario benar

.
Angah Arie
Diari Delusani
Seremban Negeri Sembilan
26102010
cerita lama sajikan kembali... kenangan..