Showing posts with label * Hati. Show all posts
Showing posts with label * Hati. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Sepi

Sepi ini nian
dalam rasa
Saat yang datang
nyalar dalam nyeri yang nyilu
Sungguh aku pilu.

Sepi ini nian
dalam jiwa
dalam hati.
Kenang yang hadir
menjulang sakit tak terbilang
Sungguh aku walang.

Sepi ini sungguh nian
terus dewasa dalam diri
semahu-mahu, selagi-lagi.


.Angah Arie
240313 16:10

Monday, 18 March 2013

Percaya

Betapa berat
membimbit rindu dan kasih
apatah lagi terselit sangka dan sangsi.
Sungguh ...
Dalam hati ada segala
bak kata pujangga 
tak kenal maka tak cinta.

.Angah Arie 190313 00:10

Wednesday, 27 February 2013

Duniaku

Duniaku jadi girang
sejak kau hadir
sejauh manapun saujana mata
kau memenuhi segenap ruang aksara
makanya, bermakna.

Duniaku jadi hilang
sejak kau pergi
sejauh manapun aku lari
kau tinggalkan kosong tak terisi
makanya, sepi.

Aku dalam duniaku kini
mengintai pelangi.


~Angah Arie~
Seremban 270213 21:30

Monday, 25 February 2013

Empati - Sendiri

Sendirian yang lalu 
jadi teman
yang mengajar aku tentang pengertian
makna diri dan mahunya hati.

Kini ...
sendirian bukan hanya bayang
malah adalah akuku
memahami dan menghayati
mengunyah lumat makna menyendiri.

Mungkin aku baru sedar
kata, bukanlah sabda pendita
yang mampu buat kita senyum
damai hanyalah untuk menghibur
luka-luka yang luhur
namun yang benarnya
adalah hati yang membimbit erti
yang mampu kita fahami
hanya dengan selami.

Dalam sendiri
seorang aku mendongak langit
sedaya mungkin memikat takdir
begitu tajam silam yang datang
berulang dan menerjang.

Perjalanan hidup ini
adalah empati
bukan simpasi.

~Angah Arie~
Seremban 250213 20:15

Monday, 18 February 2013

Palit

Bayang semalam yang celaka
semakin menyelimuti diri
rasa yang pekat
lara yang sarat.

Malam semalam yang indah
semakin memeluk hati
wangi yang harum
rasa yang ranum.

Bayang dan mimpi
kita duduk antaranya
memendam rasa.

Ini bukan ilham simpasi
mengajar kita untuk berdiri.

Akankah tiba masanya
palit ini ...
Pergi.

~Angah Arie~
Seremban 180213
 

Friday, 1 February 2013

Masih

Dalam pencarian menanti subuh
akalnya masih terbaring mencari makna
hatinya masih diam
mencari pengertian yang dalam
rupanya ...
begitu tajam takdir yang datang
dia jadi begitu menyendiri.

Wangian masih dirasa
biar bunga telah tiada.

~Angah Arie~
Seremban 010213 05:30

Monday, 28 January 2013

Salam Aidilfitri


Salam ini salam aidilfitri
ketika melihat tingkahku tanpa sedar menyakiti
biarlah aku lakarkan di sini

hari semakin pergi,
dalam menampi kasih bertaut rindu di seluasnya bendang
kadang tersadung di celah kontang
lalu seorang aku termangu di petak kecundang
hanya ada padi usang dipenuhi ilalang

maka,
di jelangnya sebenderang cahaya ini
hadir segala ria berkongsi segala rasa
menyusun jari jemari moga kembali
lena di perbaringan padi segar bugar
hingga petang sebelum malam

Salam Aidilfitri
maaf zahir dan batin

.
Nazri Yaakop (angah arie)
Di hujung pena
Seremban Negeri Sembilan DK
24082011 22:10

Friday, 18 January 2013

Alir Jernih

Malam ini kulihat titis hujan
begitu mesra membasahi bumi.

Malam ini kulihat titis hujan
bersama sepoi menjamah rasa.

Kudongak ke langit
beginikah wajah hatiku?

Alir jernih masih
dalam diri


~Angah Arie~
Seremban 180113 22:30

Sunday, 30 December 2012

Penawar

Mana penawar kesedihan
tak kunjung tiba.

Akukah membilang bilah di celah salah
begitu payah kasih menyinggah.

~Angah Arie~
Seremban 301212 19:00

Pecahan Hujan

Sunyi malam berselimut sabar paling panjang
dia duduk berpantun pada alam
silam yang datang berlari lari
dia jadi begitu menyendiri.

Dingin subuh yang menggantikan remang malam
dia cuba menghitung khilaf diri
begitu tajam takdir yang datang
memupuk rencam rasa yang walang.

   Akukah dia
 duduk di persimpangan
antara redha dan pasrah.

Apa lagi ada dengan
gerimis hujan
titisan hujan
pecahan hujan.

~Angah Arie~
Delusani Seremban
30122012 04:30

Friday, 14 December 2012

Sebuah Tanya II


Di manapun aku
di dalam sunyi
di dalam riuh
dia tetap ada.

Setiap siang
setiap malam
di pelukannya.

Ajarkan aku untuk senyum
menyambut rencam rasa.

Dia sebuah tanya.

.
Angah Arie
Seremban 141212 23:30

Tuesday, 11 December 2012

Setitis Embun

Jika jernih di hujung rapuh
lihatlah embun di hujung daun
meskikah gugur dipetik angin
atau masihkah rindu di samping.

Lihatlah embun di hujung daun
laksana hidup di hujung nasib
meskikah menadah juraian pasrah
atau perlukah sapaan redha.

Khabarkan padaku
embunkah di dalam hatimu
atau sekadar di hujung daun.

.
Angah Arie 
Hujung pena, Seremban
11122012 22:30

Monday, 10 December 2012

Senja Berlabuh

Di kaki malam
senja berlabuh
indah nian
saujana memandang
aduhai sayang.

Di kaki malam
senja berlabuh
samar nan terang
menjemput tenang
aduhai sayang.

Hujung kampung, tanjungnya permai
tepian jeti, pohon melambai
aduhai damai.

Rasa hati ini, semakin menjauh
senja berlabuh, malam mendayu
bilakan lagi, bertemu rindu
aduhai sayu.

Di kaki malam
senja berlabuh ...

.
Angah Arie
Hujung pena, Seremban
101212 21:40

Monday, 15 October 2012

SEBUAH TANYA - Khabarkan padaku

Luka apakah ini
sepi beradabmu itu.
Akuku jadi kaku, menafsir kemelutmu.

.
Angah Arie
Delusani Seremban
151012 23:00

Saturday, 13 October 2012

Mengkarate Epal

12pp
~Mengkarate buah apple di waktu malam dengan bunga bahasa yang tajam, agaknya?

Friday, 28 September 2012

Layang Layang

Alir setia masih
dari mata seorang hawa, pun
alir setia itu masih
dalam diri seorang aku.
Keliru.
Melayang.

Kembara di atas awan
membeli jiwa angin
melakar getir kehidupan
perjalanan dan ketentuan.

Akuku terbang
semakin jauh.

Dan kau si penetrasi rindu
usah keliru, bermain benangmu.

.
Angah Arie 
Delusani, Seremban 
280912 23:10

Thursday, 9 August 2012

Jarum II - Lestari


Runtuh
segala percaya
hati yang masih kabur
ku yang dilamar dilema keliru.
Sakitnya
angin yang membawa
khabar berita !
Melandai sukma ...
Melandai sukmaku.

Lestari
duhai mestika
hati yang damba gemala
kau yang melamar resah di jiwa.
Pedihnya
dewasa dalam diri,
dalam nyata !
Berasian mimpi ...
Berasian mimpiku.

Dan tak terlintas
kau akan kutemu
di malam dedikasiku.
Tajam menikam
dalam.

Dan di manakah penawarnya?

.
Angah Arie
Delusani, Seremban
090812 01:00

Wednesday, 11 July 2012

Winter Sonata

Jika semalam
seorang itu masih bercakap dengan kamu
tiba-tiba tiada lagi
bolehkah kamu merasai perasaan ini?

Dunia ini tidak berubah
tapi hanya kurang seorang
insan seperti kamu
manakan tau rasanya
disebabkan itu susah hati
adakah itu salah?

~Winter Sonata~

Thursday, 5 July 2012

Sekuntum Bunga

Kasih di hujung ranting
dipetik sepoi bahasa
sekuntum bunga.

Simpati.

.
Angah Arie
@Delusani Seremban
05072012 22:00

Friday, 29 June 2012

Nuraga III- Terpalit

Suara-suaraku, selendang selembut sutera
tangan-tangan menyambut, gunting dalam lipatan
ada jiwa lupa zaman buaian
ada hati memeluk terkilan
ada rasa memandang kain kapan.


Lara yang beradab ini, berserakan.


Di Kemenungan senja
dedaunan hati dipetik angin
terbang bercempera di langit tinggi
aduhai...
Akuku nan keliru, menampi waktu
senja hampir pergi, malam menghampiri.


.
Angah Arie
@Diari Jingga, Seremban
29062012 04:30