Showing posts with label * Teruntukmu. Show all posts
Showing posts with label * Teruntukmu. Show all posts

Wednesday, 13 March 2013

FILOSOFI CINTAKU (II) - Gadis panda (teruntukmu)

Senyummu.
Santunmu.
Sungguh manis
sungguh manja
luruh jiwa dan raga.

Aku.
Akuku.
Inginku padamu
anganku padamu
bernadi cinta bernafas rindu.

Hadirmu
membawa pesona gadis panda
hadiah di hari istimewa
dengan satu tanya satu inkuiri
siapa sebenarnya angah arie?

Inilah aku
mempersembahkan untukmu
yang terindah dalam hidupku
bersama santun puisi 
teruntukmu si pemilik hati.

Duhai si penggoncang raga
masihkah ada mawar rindumu
bakal mengharumi halaman hidupku
masihkah ada senandung merdumu
bakal menghibur setiap kesepianku
apakah kau yang datang itu
mewarnai setiap harga suka dukaku
masihkah ada ruang di hatimu
bakal bertakhta aku di situ. 

Duhai si penggoncang jiwa
sejauh mana aku menebar rindu
masih kutahu batasan cumbu
dan sungguh ...
Aku cinta padamu.

Teruntukmu
sebuah lagu lama
tiada kata secantik bahasa :

~
Tiada kata secantik bahasa
untuk kupuji adinda
tiada gambar secantik lukisan
nak kutunjukkan perasaan.

Dinda puspa gemala
mengharum jiwa
dinda puspa gemala
mustika kanda.

Namun musim berubah 
suasana bertukar
tapi ikatan mesra
sikitpun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
untuk kupuji adinda.
~

Tiada kata secantik bahasa
kau seorang gadis panda
kekal dalam hatiku
selagi-lagi, semahu-mahu
teruntukmu.

.
Angah Arie
Seremban 130313 16:45

FILOSUFI CINTAKU (I) - Never say no to gadis panda

Never say 'No' to gadis panda
nanti dia merajuk
haa, kan
boleh lompat-lompat lagi.
Ahh ... hehe.
~Angah Arie~
13032013 18:00

Monday, 11 March 2013

Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
senyumanmu
buat aku merasa senang
buat aku merasa lega
seperti ada alir jernih menitis di hati
sebegitupun berat apa yang aku pikul
begitulah jua dirimu yang menanggung.

Kerana itu, aku cuba fahami
ertinya saling memberi
dan airmatamu yang jernih
memberi kekuatan untuk aku menilai
makna berlapang dada, sabar dan tenang
dalam bermain benangmu.

Duhai yang menggoncang raga
aku tanya, khabarkan padaku
masihkah kau ragu?
Akan embun dalam hatiku
yang sentiasa memeluk empatimu.

Andai kau tahu
hadirku membawa puisi membeli jiwa
pastinya dirimu kan tersenyum
kerana puisi-puisiku kini
sangat cantik pernah aku cipta
sangat indah pernah aku madah
selagi-lagi, semahu-mahunya
teruntukmu.

~Angah Arie~
Seremban 110313 22:40

Sunday, 10 March 2013

Nuraga-Senyumlah Sikit

rajuk takkan mampu menawan realiti hidup yang kau impi
apatah lagi ia menawarkan pantun basi klise pada angin hatimu.

Bulan bukan merah
bukan hati saga
wajah tetap putih
hati bersilang silih.

Biar rasa itu kurang enak
akukan dah datang membawa jingga
apa masih hatimu goyah?
Tak terlawankah?
Atau kau mahu meragut biruku
yang dari tadi keliru
menafsir dayamu.

Kau boleh simpan, pendam dan akhirnya lemas
lepaskanlah pada insan seperti aku - telah beku.

Ah ... kau senyumlah sikit
kan kembali dalam dirimu.

Aku tahu, kau pun tahu.

~Angah Arie~
Seremban 100313 20:30

Saturday, 9 March 2013

Doaku

Ya Allah
Jika ditanyakan padaku
apa yang aku hajatkan
Kau berikan lah tenang dalam dirinya
agar dia tidak hidup dalam kerisauan yang panjang
agar dia tidak terus tenggelam dalam diri
dan agar dia kembali tenang merasai rahmat-Mu
 
Ya Muhaimin
izinkan aku mencuba sedaya mungkin
untuk membahagiakan hatinya
untuk rapat dalam kehidupannya
untuk meringankan beban rasanya
agar dia merasa dihargai sentiasa.
 
Ya Rabbana
andai ditanyakan apa yang ku minta malam ini
Kau berikanlah apa saja yang ada dalam doanya
kerana tiada lain yang aku minta Ya Rabb
selain dia dalam lingkungan bahagia
kerana aku sangat sayang dia.

~Angah Arie~
Seremban 090313 02:15

Thursday, 7 March 2013

Epilog Epigoni II-Ini Versi Aku

Puisi ini irama lama
aku dendangkan dengan nada baru
dengan bahasa aku, cara aku, gaya aku dan peduli apa ?
Bukan menunding situ sani, situ sana
rencam ini aku yang merasa
bukan dia, dia ataupun dia.
 
Susun jari ini pada nafas lama
membawa inspirasi
susun jadi itu pada nafas baru
tak cuba memahami.
Ini irama lama versi baru, epilog epigoni aku.

'Dari Melaka ke daerah Subang
singgah seremban beli berangan
hatiku ini telahpun ditawan
andai tersilap harap maafkan.'

Duhai empunya cerita
maafkan aku andai terluka.

'Melenggang hai melenggang dengan tari lenggang
kalau baik hati nanti orang pun sayang.'

Baiknya hati aku, siapakah sayang aku?

'Gelang si paku gelang
gelang si rama-rama
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama.'

Petang-petang hari buka mukabuku
aku jadi rindu
baca cinta sana, baca cinta sini
aku jadi sunyi.

Malam-malam hari buka mukabuku
aku jadi sayu
mana kawan, mana teman
aduhai ... edanku kesmaran.

'Gelang si paku gelang
gelang si rama-rama
pulang marilah pulang
marilah pulang bersama-sama.'

Pulang marilah pulang
pulanglah.
Duhai
kesuma jiwa.

.
Angah Arie
Seremban 070313  21:00

Thursday, 1 November 2012

Hiasan Di Kalbu

Kumenyusuri langkah
selongkar keindahan
damba belaian kasih impianku
lalu bersua kita di halaman percintaan
tersemat ikatan yang satu.

Tiada lagi sepi
tiada gundah mengiring
damai menanti di seraut kasih
semailah debunga seluruh taman seloka
kau mekar di dalam jiwaku.

Bagaikan mentari
terangi hidup ini
bagaikan sang purnama
seluruh dunia kuserahkan segala
jiwa raga nan suci
ku janjikan cinta ini bermakna
demi kasih sejati
dari hati yang terbuka
menjadi hiasan di kalbu.

Hiasan Kalbu

Kuserahkan segala, jiwa raga nan suci
Ku janjikan cinta ini bermakna 

Monday, 29 October 2012

Risau

Risau
Sangat risau
ada dia terperangkap memandu dalam hujan lebat
moga dipermudahkan.