Thursday, 10 November 2011

Elusan Nurani- Kembali

Pantai indah
hatinya biru
tenang singgah
melandai hatiku

lalu damai menanti
mekar di sanubari

Desir angin 
memecah sunyi
riuh ombak
semarakkan langkah

lalu bersua dikalbu
tersemat ikatan rindu

tenang singgah damai menanti
rindu hadir menyayat hati
kembali bukan meraih simpati
sekadar menghayat empati

.
Angah Arie
Hujung pena
Seremban N9DK
10112011 4:00

Thursday, 3 November 2011

Kau Kelip Kelip dan Aku Senja

Kau adalah kelip-kelip
dan aku adalah senja
dikesuramanku kau datang
hingga aku harus pergi
kau tetap ada mewarnai malam
kerana kau adalah kelip-kelip
tamu pada kegelapan malam

kau adalah kelip-kelip
bercahaya putih yang girang
hilang seri malam tanpa wajahmu
dan aku adalah senja
memberi kau sedikit rasa
agar meriah menyambut cinta
pergilah menyambut malammu
pastikan kau di sana
usah kau pandang aku
kerna kau di sisi senja
belum pasti bercahaya

aku adalah senja itu
dan kau tetap kelip-kelip
aku pergi untuk kau dan malam
dan seandai malam mu pergi
usahlah kau bersedih
kerana aku adalah senja
akan menanti kau kembali
biarpun nanti
dengan cara berbeza

aku adalah senja
dan kau tetap kelip-kelip

.
Angah Arie
Diari biru, Seremban
26072010 23:40 14 nisfu sya’ban --ASAL
03112011 22:00 --digarap semula (akhir)

Wednesday, 26 October 2011

Simfoni Nurani

syahdunya rindu
syarahkan kasih
biar bersilih
antara pilih dan sisih
diratapi sehayat rintih
hitam dan putih

syahdanya sabar
syurahkan cinta
biar berhafiah
hiba melandai jiwa
digenangi alir setia
duka dan lara

simfoni nurani
insani mabuk hakiki

.
Angah Arie
Diari Jingga, Seremban N9DK
26102011 04:30

Thursday, 29 September 2011

Memahat Hidup



Memahat hidup di bonggol akar
salah melingkar menyubur ingkar
memahat hidup di hujung ranting
terpahat sending sepi di samping
memahat hidup di celah pepohon
terpaku dedaun tersiat ampun

sudahnya
memahat hidup di asal usul
lalu gugur di dasar syukur

.
Angah Arie
Delusani
Seremban
29092011 20:00

Thursday, 25 August 2011

Andai

Andai hari ini
diturutkan semalam
tiada apa kan berubah

andai semalam
difikirkan hari esok
bakal merencana segala.

Dalam perjalanan meniti hidup
menapak, berjalan dan berlari
pengalaman jadikanlah bayang
sebelum tiba di tengah simpang.

Andai masih ada pertimbangan
bertemulah di lorong bahagia
andai tidak, takkan ke mana.

.
Angah Arie
Di hujung pena, Seremban 
25082011 17:10

Andai

Andai hari ini
diturutkan semalam
tiada apa kan berubah

andai semalam
difikirkan hari esok
bakal merencana segala

dalam perjalanan meniti hidup
menapak, berjalan dan berlari
pengalaman jadikan bayang
sebelum tiba di tengah simpang

andai masih ada pertimbangan
bertemu di lorong bahagia
andai tidak, takkan ke mana

.
Angah Arie
Di hujung pena
Seremban Negeri Sembilan DK
25082011 17:10

Wednesday, 17 August 2011

Jejak Di Jerjak - Lelah

 
Selangkah lelah di hujung menerjah
belum bertemu payah sudah mengalah
selangkah lelah di hujung mengingat
belum bertemu penat sudah terikat

bertemu angin dunia baru, usah keliru
bertemu jelak di hujung membisu
membuai rasa di salam sejagat
membuai urat di kebun hajat

sesaat tiba mudah kah melatah
sesaat angin kan mudah berubah
lelah membilang di ruang salah
lelah menadah di baris penyudah

bahasaku bukan semberono yang porno
usah nafsu berdiri menegang hajat
usah jiwa terbaring menampi hayat
usah akal sesat mencari urat.

Akuku berbahasa benang, akumu berbahasa pedang
di gelanggang sama, di masa berbeza, bersatukah kita?

Lalu aku sampaikan kisah ini : puisi bidalan
moga berseri di hatimu tersimpan
seorang binatang menarik benang layang-layang, lalu terbang
seekor manusia menangkap kesan bayang-bayang lalu hilang
yang pulang hanya kendiri, nan berdiri
yang pergi tinggalkan kosong tak terisi
kias kiaskan lah diri hiasi peribadi
usahlah berambisi, kan terlepas emas sendiri.

.
Angah Arie
Hujung pena, Seremban
17082011 09:00