Friday, 18 January 2013

BAHASA KITA KIAN TUA



Bahasa kita kian tua
dilapokkan oleh suara-suara mentah
idea tanpa batasan
pandangan lama dipinggirkan.

Bahasa kita kian tua
tunas rapuh tumbuh
jadi cendawan di dataran.

Bahasa kita kian tua
tanpa pustaka yang memelihara.

Sesungguhnya
bahasa kita kian tua ...


.
Angah Arie
Seremban  300613

Alir Jernih

Malam ini kulihat titis hujan
begitu mesra membasahi bumi.

Malam ini kulihat titis hujan
bersama sepoi menjamah rasa.

Kudongak ke langit
beginikah wajah hatiku?

Alir jernih masih
dalam diri


~Angah Arie~
Seremban 180113 22:30

Sunday, 30 December 2012

Penawar

Mana penawar kesedihan
tak kunjung tiba.

Akukah membilang bilah di celah salah
begitu payah kasih menyinggah.

~Angah Arie~
Seremban 301212 19:00

Pecahan Hujan

Sunyi malam berselimut sabar paling panjang
dia duduk berpantun pada alam
silam yang datang berlari lari
dia jadi begitu menyendiri.

Dingin subuh yang menggantikan remang malam
dia cuba menghitung khilaf diri
begitu tajam takdir yang datang
memupuk rencam rasa yang walang.

   Akukah dia
 duduk di persimpangan
antara redha dan pasrah.

Apa lagi ada dengan
gerimis hujan
titisan hujan
pecahan hujan.

~Angah Arie~
Delusani Seremban
30122012 04:30

Wednesday, 19 December 2012

Balang- Kata Seorang Kawan


Kata seorang kawan
balang yang itu pernah jatuh
mujur hanya retak
dan isi yang penuh, tidak terluak

kita melihat balang itu dari jauh
dengan sesal dengan harapan
moga nanti retaknya pulih
dan jatuhnya takkan terulang.

Kata seorang kawan
kita duduk antara
benar dan salah
maaf dan dendam.

Maka dengan apa agaknya kita isikan balang itu?

.
Angah Arie
Seremban
191212 22:50

Saturday, 15 December 2012

Heli - Aku mahu terbangkan dikau

Acap kali aku cuba
mencari masa
terluang hanyalah kesibukan
aku dan keakuanku.

Acap kali aku cuba
mencari masa
terluang hanyalah kepenatan
acara dan aturcaraku

Mungkin esok
atau esok-esok
aku punya sekelumit waktu
terluang untuk dia dan aku.

Heli ...
Aku mahu terbangkan dikau
dan si dia pasti gembira.

.
Angah Arie
Seremban
15122012 17:30

Friday, 14 December 2012

Sebuah Tanya II


Di manapun aku
di dalam sunyi
di dalam riuh
dia tetap ada.

Setiap siang
setiap malam
di pelukannya.

Ajarkan aku untuk senyum
menyambut rencam rasa.

Dia sebuah tanya.

.
Angah Arie
Seremban 141212 23:30