Monday, 11 March 2013

Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
senyumanmu
buat aku merasa senang
buat aku merasa lega
seperti ada alir jernih menitis di hati
sebegitupun berat apa yang aku pikul
begitulah jua dirimu yang menanggung.

Kerana itu, aku cuba fahami
ertinya saling memberi
dan airmatamu yang jernih
memberi kekuatan untuk aku menilai
makna berlapang dada, sabar dan tenang
dalam bermain benangmu.

Duhai yang menggoncang raga
aku tanya, khabarkan padaku
masihkah kau ragu?
Akan embun dalam hatiku
yang sentiasa memeluk empatimu.

Andai kau tahu
hadirku membawa puisi membeli jiwa
pastinya dirimu kan tersenyum
kerana puisi-puisiku kini
sangat cantik pernah aku cipta
sangat indah pernah aku madah
selagi-lagi, semahu-mahunya
teruntukmu.

~Angah Arie~
Seremban 110313 22:40

No comments:

Post a Comment