Saturday, 10 December 2011

Masihkah Kita (Kecewa)

Dari seorang yang boleh kau anggap kawan atau lawan
bila tiba masanya
masihkah kita ?

kelmarin kita bersalaman
tanpa wajah, kita berkawan
melalui hati, kita percaya
dengan rasa kita mencuba sebaiknya

semalam kita hanya berpandangan
berpaling wajah kita berbicara
separuh hati kita menyapa
sedikit rasa kita hanya sekadarnya

hari ini kita tak lagi mahu berjumpa
dengan wajah kita diam sahaja
tanpa hati kita tak cuba mengerti
tanpa rasa kita hanya ada dalam tiada

bersalah atau tidak
kita semua duduk di antara

Dari seorang yang boleh kau anggap kawan atau lawan
bila tiba masanya
masihkah kita ?

.
Angah Arie
Seremban, N9DK
10122011 10:00

No comments:

Post a Comment