Tuesday, 12 March 2013

I Dont Wanna Talk About It



Berhibur bersama brader Rod Stewart di petang hari ... yeah semoga terhibur ... !!
The best Rod Stewart song in my opinion.

I can tell by your eyes that you've prob'bly been cryin' forever,
and the stars in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror.
Comment, rate and subscribe!!
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, won't you listen to my heart, whoa, heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart;
blue for the tears, black for the night's fears.
The star in the sky don't mean nothin' to you, they're a mirror.
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, whoa, heart?
I don't want to talk about it, how you broke this ol' heart.

If I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, whoa, heart?
My heart, whoa, heart.

Kemalangan


Mood nak menulis dah jadi lain nih. Badan pun dah semakin sengal. 
mungkin impak dentuman siang tadi. aduhai, patah kaki laa esok. kereta masuk bengkel. 
nasib baik aku tak masuk bengkel sekali.. huhuhu...

Monday, 11 March 2013

Epilog Epigoni III : Parasit Cinta Disula

Embun di hujung nyawa, menangis mengenang nasib
saat itulah suria pagi terbit, sebenderang mentari.
Di atas langit, Kuasa merenung bumi
dan di balik awan, penuh dengan cerita-cerita dunia
sebelum bertemu senja.

Epilog epigoniku, melihat berbagai warna, dalam mimpi-mimpimu
puisi baru, sebuah lagu lama, parasit cinta disula.

~
Dedaun kecewa gugur menjamah bumi sekian lama.
Kabur sehingga bertukar wajahnya, kian gugur lagi.

Kualirkan, kupusing dan kuadun
segenggam penggamit yakin
setitis ertinya tabah dicampur
menjadi baja pengajaran.
Duka dendam sakit hati
tinggi meninggi membusung.

Kusemaikan pohon cinta bersiramkan pengalaman berbajakan pengajaran
tumbuh subur mekar segala parasit, disula cintaku abadi.
~

Aku melihat, memahami, menghayati
kronologisnya siasah cinta
berjuta-juta kata, bersiduga melamar sabda pendita
mungkin kita juga, masih dalam dunia kaca
lena berdagang dengan saudagar mimpi-mimpi kita
dengan memilih jalan-jalan sesingkat senang
sedang mereka di luar sana mengharungi jalan bercabang
kisah-kisah yang panjang
rindu-rindu yang walang
harap-harapan yang tiada jelang.

Aku merasa
akal, nyawa dan saksiku, berlegar-legar di nyali
disuntik tak henti-henti : Picagari.
Dunia rencam rasa kita, adalah pilihan kita
dibiar berkaca
digilap bercahaya
di tangan, sangat berharga.

Ah ... duhai jiwa
keluarlah dari kepompong itu
melihat dunia baru.

~Angah Arie~
Seremban 11032013 21:00


Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
senyumanmu
buat aku merasa senang
buat aku merasa lega
seperti ada alir jernih menitis di hati
sebegitupun berat apa yang aku pikul
begitulah jua dirimu yang menanggung.

Kerana itu, aku cuba fahami
ertinya saling memberi
dan airmatamu yang jernih
memberi kekuatan untuk aku menilai
makna berlapang dada, sabar dan tenang
dalam bermain benangmu.

Duhai yang menggoncang raga
aku tanya, khabarkan padaku
masihkah kau ragu?
Akan embun dalam hatiku
yang sentiasa memeluk empatimu.

Andai kau tahu
hadirku membawa puisi membeli jiwa
pastinya dirimu kan tersenyum
kerana puisi-puisiku kini
sangat cantik pernah aku cipta
sangat indah pernah aku madah
selagi-lagi, semahu-mahunya
teruntukmu.

~Angah Arie~
Seremban 110313 22:40

Sentuhan Kecundang

Aduhai...

Sunday, 10 March 2013

Nuraga-Senyumlah Sikit

rajuk takkan mampu menawan realiti hidup yang kau impi
apatah lagi ia menawarkan pantun basi klise pada angin hatimu.

Bulan bukan merah
bukan hati saga
wajah tetap putih
hati bersilang silih.

Biar rasa itu kurang enak
akukan dah datang membawa jingga
apa masih hatimu goyah?
Tak terlawankah?
Atau kau mahu meragut biruku
yang dari tadi keliru
menafsir dayamu.

Kau boleh simpan, pendam dan akhirnya lemas
lepaskanlah pada insan seperti aku - telah beku.

Ah ... kau senyumlah sikit
kan kembali dalam dirimu.

Aku tahu, kau pun tahu.

~Angah Arie~
Seremban 100313 20:30

Saturday, 9 March 2013

Doaku

Ya Allah
Jika ditanyakan padaku
apa yang aku hajatkan
Kau berikan lah tenang dalam dirinya
agar dia tidak hidup dalam kerisauan yang panjang
agar dia tidak terus tenggelam dalam diri
dan agar dia kembali tenang merasai rahmat-Mu
 
Ya Muhaimin
izinkan aku mencuba sedaya mungkin
untuk membahagiakan hatinya
untuk rapat dalam kehidupannya
untuk meringankan beban rasanya
agar dia merasa dihargai sentiasa.
 
Ya Rabbana
andai ditanyakan apa yang ku minta malam ini
Kau berikanlah apa saja yang ada dalam doanya
kerana tiada lain yang aku minta Ya Rabb
selain dia dalam lingkungan bahagia
kerana aku sangat sayang dia.

~Angah Arie~
Seremban 090313 02:15