Tuesday, 4 June 2013

LAGENDA BUDAK SENGAL (I) - Temuduga



Cerita ini berlaku pada zaman aku baru habis belajar di U...M. Ketika itu hidup aku meriah bersama geng-geng sengal aku  yang kini entah ke mana pergi membawa diri masing-masing. Aku bawakan cerita ini sekadar untuk berkongsi dan berhibur lantaran kehidupan kita ini sekali sekala perlukan hiburan.

Geng-geng sengal aku kesemuanya ada 6 orang termasuk aku, maksud aku kami yang betul-betul sengallah. Yang sipi-sipi sengal tu tak masuk pot. Kisah temuduga ini sangat pendek iaitu ketika kami bertiga pergi temuduga kerja, yang lagi 3 tu ntah ke mana hari tu.

Oleh kerana Lan telah mencacatkan suasana, aku dan apek mengambil keputusan untuk tidak meneruskan temuduga kerana orang yang menemuduga Lan tahu yang kami datang bertiga. Memang lahabau betul dak Lan nih, tak boleh dibawa majlis ...

Aku, Lan dan apek pergi temuduga di satu syarikat swasta yang agak besar jugalah namanya. Namanya..Tut.. Semasa kami menunggu ada seorang gadis berlari-lari anak melintas di hadapan kami sepertinya dia sudah kelewatan. Dengan 'Selamber beruk' (yang kebiasaannya Lan buat) bunyi tikus dari mulut Lan dah memenuhi ruang menunggu temuduga (macam dia seorang je ada mulut) Tanpa kami sedar gadis itulah yang akan menemuduga kami. Aduhai

Lan orang pertama yang dipanggil masuk ke bilik temuduga. Apa yang memeranjatkan tak sampai 2 minit Lan sudah keluar dari bilik temuduga. Apalagi kami pun ketawalah kat Lan seraya bertanya "ni mesti awek tadi bengang kat lu sebab lu main bunyi mulut kat dia, kurang sopan der." Lan dengan lagak tenangnya menjawab selamber "wei sorrylah brader, ni Lan laa.. bukan pasal tu. Ni lagi baik punya.". Aku dan apek tiba-tiba terdiam dengan gelagat Lan lalu kami bertanya serentak "habis tu?"
"Aku dapat jawab soalandgn betul jadi aku boleh keluar awal"
lagilah kami pening dengan jawapan Lan. Dengan kurangnya sifat sabar, aku menerjah Lan "wei apa soalan dia Lan?" ... Budak pompuan tu tanya aku..
"Engkau ker yang kentut ni!? Aku pun jawab la,Ya cik, sayalah yang terkentut tadi!!!?? Pastu dia suruh aku keluar!!!!

Dodol hangit punya Lan. Tanpa membuang masa aku dan Apek terus blah tinggalkan Lan. Budak tu memang Sengal !!

.
Angah Arie
Seremban 21:30

Monday, 3 June 2013

TENTANG DIA II ... CUIT



'Dating' merupakan satu istilah yang sangat rapat dalam kehidupan insan bercinta. Pengaruhnya umpama tiada ruang masa, tiada had dan sempadan fikir mahupun sempadan usia untuk membeda. Keindahan 'Dating' ini sering mencuit rasa sama ada menghiburkan, membahagiakan, membosankan, menyedihkan atau apapun jua jutarasa yang hadir, ironinya sangat terkesan di jiwa-jiwa yang merencana. 
Aku jua merasakannya bahkan sedari pagi, emosi aku bagai anak kecil yang dibuai dalam buaian, lena lantaran disapa manja oleh perasaan rindu untuk bertemu dengan si dia. Rasa hati ini tak mampu aku luahkan.
Hari ini kami bertemu dan saat yang paling manis adalah menonton wayang. Sajian cerita komedi yang sangat melucukan menambah lagi kemesraan dan romantis antara kami. Mata sering berpautan, hilai tawa dan usik gurauan menjadi nadi pertemuan kami kali ini.
... Seketika bola mataku melirik nakal ke arah si dia di sebelah kiri. Kelopak senyumanku sudah mula mekar. Suara-suara hati ini pun berseloka, mencerita tentang dia dan perwatakannya. Indahnya.
... Seketika yang lainnya, hatiku melayang dan suasana pun seperti bertukar menjadi sepi. Pandangan mata masih ke arah dia. Getus hatiku melayan keluhan, Ya Tuhan, dia sangat istimewa. Mampukah aku bahagia tanpa dirinya. 
Bercerita tentang dirinya, mencuit hatiku. Sungguh.
.
Angah Arie
Delusani 030613  22:20

Sunday, 2 June 2013

TENTANG DIA 



Dia selimuti malam dengan kisah siang hari. Segala rencam rasa digambarkan melalui hujung penanya. Biarpun adakala nafas tintanya agak lelah, namun dari pengalaman mengenali dirinya dan bermesra dengan penanya, aku dapat mengerti dan memahami gerak tari pemikirannya dan cara dia mengolah rasa.
Sungguh ... Dia ada cara yang tersendiri untuk mengolah apa jua sama ada dalam kehidupan nyatanya ataupun dalam imaginasinya. 'Estetika' merupakan nadi dalam setiap pergerakan penanya. Dengan berbekalkan emosi bahasa yang dikawal dan dibelai dengan baik, dia seringkali mampu menyembunyikan perwatakan nilai nyata dan membawa pendekatan simbolik yang mengaitkan senario demi senario dalam kehidupan membawa suatu perasaan yang rapat tiap kali membacanya. Membaca setiap karyanya terasa seperti mengupas bawang selapis demi selapis demi mendapat isi (makna) yang baik.
Perkara yang lebih unik tentang 'dia' dan 'karyanya' adalah 'ALEGI' ; corak yang sentiasa dibawa bersama dalam pemikiran penanya. Maka jadilah 'dia' dan 'karyanya' suatu perlambangan kepada 'MELANKOLIKA' . 
Sesungguhnya aku suka cara dia meluah rasa, suka cara dia menghasilkan karya dan suka dia. Suka dia. Semoga kekal penanya menari di hatiku.

Aku memandang 
dari kacamata
karyamu berharga
dibiar berkaca
digilap kan bercahaya
mengintai di persada.

Aku memandang 
dari kacamata
dia dan karyanya
suatu kisah
tentang dia, tentang dirinya.

.
Angah Arie
Delusani
020613   17:00

Saturday, 1 June 2013

PUISI UNTUKMU ... 





Sekalipun puisi ini laguan baru
iramanya tetap seperti dulu
nada sendu, nada pilu, nada rindu
bersiduga menafsir bintang
puisi yang pernah hilang.

Sedari dalam prosa-prosamu
wajah esok masih samar-samar
yakini dari rencam rasaku
wajah malam masih semalam
lalu seru lah suara-suara matang
jerit nada kita semakin mengerang
wirama kita yang telah kecundang.

Lalu puisi-puisiku yang tinggal hanya rayuan,
lalu prosa-prosamu yang tinggal hanya tangisan
memecah sunyi alam,
mencecah langit malam
jatuh kembali 
dalam diri kita
dalam hati kita.

Duhai luhur yang singgah
sapalah dengan nurani
embun masih di hati
selagi-lagi, semahu-mahu
seperti dulu
puisi ini untukmu ...

Puisi ini untukmu.

.
Angah Arie
Delusani 010613  00:06


Friday, 31 May 2013

SAPU TANGAN


~
Kelmarin kita bermimpi
semalam kita terjaga
hari ini kita berhenti
esok hari kita ...
meneruskan perjalanan

Oh Tuhan
izinkan permohonan ini
adakala runsing mengguris hati
adakala genting meneman lagi.
~

.petikan : meil wings


Thursday, 30 May 2013

NTAHAPAPA-NTAH



Dulu masa zaman kanak-kanak, aku teringin nak jadi ULTRAMAN. Sebab apa? Sebab boleh jadi herolah, apa lagikan, boleh selamatkan orang ramai, boleh lawan dengan raksaksa (kononnya macam kuatlah) dan yang paling best boleh 'fire' sana 'fire' sini (sesuka hati aku je nak 'fire' orang kan). Namun aku terpaksa menangguhkan cita-cita aku tu sebab tak sesuai utraman ada kat negara Malaysia ni. Biarlah dia duduk kat jepun je. 

Lepas tu aku cuba pula pasang cita-cita nak jadi polis angkasa GABAN. Sebab? Sebab gaban ni nampak real sikit. boleh jadi orang boleh jadi robot polis. yang best tu ada kereta laju dan ada piring terbang. Boleh terbang sesuka hati. Paling aku suka lagunya. hu tangkap leleh beb (senyum). Tak percaya? Cuba korang nyanyi, pasti korang ... (sambung sendiri).
Cita-cita untuk menjadi gaban pun terpaksa aku tangguhkan sebab ramai sangat yang ejek perkataan gaban tu. Gila gabanlah, meng-gabanlah, 'Ntahapapa-ntah'. Tu yang buat apa jadi menyampah. Gaban betullah diorang.

Baru sebentar tadi terdengar lagu utraman dan gaban mengingatkan aku kembali zaman kanak-kanak. yelahkan bak kata buah hati, MEMORI - baru dia post prosa tu semalam. Ni macam rasa nak meng-gaban orang je nih. nak macam ultraman, 'fire' sana sini. kalau yang terkena 'fire' tak tentu hala tu, jangan marah ya. Gurauan hari ini mungkin kasar (senyum).

Aku dalam mood Ntahapapa-ntah.

.
Angah Arie 
080413 16:30

Wednesday, 29 May 2013

Tifa Bisikan Cinta


Aku terbangi dirimu
Gurun dan lautan cintakan kekasih
Menongkah angin menembus awan
Menyemaikan kasih kita...

Tifa kehidupan melambai cinta
Ombak malam kembara ini
Dengan suara angin siul riang
Memahat janji

Agungnya cinta ini
Ditatang penuh hati
Tiada yang lebih dari kasih sayang
Inilah sumbangsih
Cinta abadi satu jasad
Kepada insan

Tunjukkan aku makna cinta
Terangkan tafsir ertinya rindu
Berilah khayal dari matamu
Disana ilham nafsu karangan

Agungnya cinta ini
Ditatang penuh hati
Tiada yang lebih dari kasih sayang
Inilah sumbangsih
Cinta abadi satu jasad
Kepada insan

Tunjukkan aku makna cinta
Terangkan tafsir ertinya rindu
Berilah khayal dari matamu
Disana ilham nafsu karangan

Seperti
Tifa kehidupan melambai cinta
Ombak malam
Kembara ini
Dengan suara angin siul riang
Memahat janji

**Penulisan M.Nasir ...