Wednesday 31 July 2013

DUGAAN BULAN RAMADAN - Kereta aduhai keretaku



Ramadan tahun ni aku diuji dengan prihal kereta aku tak sudah-sudah. minggu lepas chamber kereta aku bengkok. Habis tayar depan dua-dua haus dalam. Apa lagi, terbang arr rm500 ganti tayar depan dua-dua belah. Fenin. Mana tak peningnya, baru 3 bulan tayar depan tu ganti.  
Semalam pulak bateri buat hal. Buat hal pagi-pagi buta di kala aku memerlukan sangat kereta untuk menguruskan hal-hal penting. Duhai ... melayang lagi duit. 
Sebentar tadi, awal petang dalam kul 3 lebih, kereta aku dilanggar pulak. kemalangan dengan kereta MPV, tak ingat pula MPV apa jenama. Sebab? Sebabnya mudah, ini kes langgar larilah ni. Takut kena teow atau kena ... Memang tak sempat ambil no kereta tu.  
Alahai nasib kurang baik. Dah dekat nak raya ni, rasanya betulkan kereta lepas rayalah jawapnya. huhuhu. Sedih. 
Berhati-hati di jalan raya. Adakala salah orang lain, kita yang kena menanggungnya.  

.
Angah Arie
Seremban 310713

Tuesday 30 July 2013

DAH TERLAMBAT


Hari ini hari yang memenatkan bagi diriku yang sememangnya sentiasa ala-la sibuk. Apa yang aku selalu sibuk aku tak tahulah. Tapi apa yang benar selalunya serasa masa tidak pernah cukup untuk aku lalui dalam satu hari. Mungkin jua ini lanjutan dari kadangkala masaku yang terlalu lapang sangat sehingga tak tau nak buat apa.  
Dari pagi menjelang tengahari, sudah berapa bank aku masuk di daerah seremban ni. Apa yang aku cari belum aku temui. Jawapannya tetap sama, "Dah lambat, sudah habis ... " Aku bukannya nak masuk duit, bukan juga nak keluar duit. Kemas kini akaun? Jauh sekalilah sebab akaun aku ni yang tak berapa banyak barisan angkanya. Tujuan aku hanya satu, nak tukar duit baru untuk raya. 
Alahai ... Sayangnya tujuan suci murniku ini untuk memberi duit raya kepada 'mereka-mereka tuh' bagaikan tak kesampaian. Semua duit tukar dah habis laa. Dah terlambat ...
Ehh ... Ini bukan alasan ekk. Untuk buktikan kebenaran, aku bagi juga tapi duit lama atau duit yang tak berapa barulah. Maka nanti jangan berkecil hati dapat ampau raya yang lain benar isinya.. heheh  
Tepuk dada tanya selera. Tepuk seluar tanya cik dompet. huhu.
.
Angah Arie
Seremban  300713

Monday 29 July 2013

KUEH  DAN BISKUT RAYA.



Hari ini aku nak ambil kueh raya yang ditempah. Tahun ni tak buat kueh raya. Maka, beli dan tempah saja. Aku tempah kueh raya bukan satu tempat tapi banyak tempat dan ramai yang membuatnya. Mungkin kerana sudah lama berkecimpung dalam perniagaan biskut dan kueh raya ini, maka mudah untuk mengetahui di mana lokasi atau tempat tempahan yang sedap. (senyum). 
Harapkan tahun ini tak mengecewakan aku. Selain itu ada juga kueh dan biskut raya yang beli terus di kedai dan juga pembekal. Sungguhpun beli di kedai tapi kualitinya sangat bagus. Oleh itu tidak boleh berkira tentang harga. Barang yang baik tentulah harganya tinggi. Kan.. (senyum). 
Bagi sesiapa yang nak menjamu kueh raya dan biskut raya, bolehlah datang ke rumahku di seremban dua ... (senyum). Semoga hari raya tahun ni meriah.  
Pesanan bagi yang nak balik raya, berhati-hati di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat.  

.
Angah Arie
Seremban 290713

Sunday 28 July 2013

SELAMAT TINGGAL MASA LALU


~ Airmata menjadi permata, kebencian menjadi cinta.
Inilah hidup di dalam dunia bak sandiwara. ~ 
~ Selamat tinggal kesengsaraan, selamat tinggal penderitaan.
Terima kasih atas pengalaman yang kau berikan. ~ 
Selamat tinggal masa lalu. Kehidupanku lebih bererti kini. Mungkin kerna rahmat pada bulan Nisfu Sya'ban dan juga bulan Ramadhan ini membawa perubahan besar dalam hidup aku. Setelah berbagai-bagai dugaan aku hadapi awal tahun, akhirnya aku berjaya perolehi apa yang aku inginkan, apa yang aku hajatkan, apa yang aku doakan.
Ketenangan dan berlapang dada. Ya, itu yang aku hadapi kini. Syukur Alhamdulillah, Tuhan berikan aku kesempatan untuk merasakan perasaan sebegini. Sesungguhnya rasa kali ini sangat berlainan. Aku telah dapat menerima takdir aku dengan redha. Tiada lagi perasaan cemburu, tiada lagi perasaan dendam, tiada lagi ungkit-ungkitan, tiada lagi soal-mempersoal, tiada lagi puisi simpasi dan yang penting sekali tiada lagi rasa rendah diri. 
Dari segala pengalaman yang datang walaupun sekejap cuma, ia cukup mendewasakan aku dalam menilai perhubungan dan memahami kitaran kehidupan. Apa saja corak dan warna-warna kehidupan yang datang dalam hidup kita, akan lebih bermakna andai kita menghayatinya. Sama ada hitam atau pun putih tetap kan menjadi indah andai kita benar-benar faham akan makna warnanya. 
Kata bidalan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" kerana satu perkara yang berlaku rosak segalanya. NAMUN kita jangan lupa ada juga bidalan "Dalam setandan pisang tak semuanya busuk" maknanya dalam menghadapi sesuatu perkara, tak semuanya yang buruk dalamnya, masih banyak kebaikan yang boleh kita pelajari dari apa saja kejadian yang berlaku. 
Bagi diriku pula, "Lautan yang luas tak mungkin menjadi tawar hanya dengan segelas air". Begitulah aku melihat hati, diri dan kehidupan. Tak mungkin kita menjadi rosak hanya kerana suatu perkara yang tuhan uji kita. Maka kita harus sabar dalam mengharungi dugaan. kena banyak berlapang dada. Harus banyak ambil iktibar tentang apa jua pengajaran untuk jadikan bekalan di masa hadapan. 
Sangat penting, haruslah kita banyak bersyukur terhadap kasih sayang yang Tuhan tunjukkan kepada kita. Semoga kita di kalangan orang-orang Wassatiyyah.
Semoga diriku terus kekal tenang dan redha. Terima kasih atas pengalaman sebegini.
.
Angah Arie
Seremban 280713




Saturday 27 July 2013

PUISI RAMADHAN II - Masjid dan Surau 



Awal Ramadan
masjid dan surau penuh
semangat islah.

Tengah Ramadan
masjid dan surau kosong
lalai dan leka.

Akhir Ramadan
masjid dan surau sesak
lailatulqadar.

.
Angah Arie
Seremban  130713


Friday 26 July 2013

PUISI RAMADAN (I) - Ramadhan.



Ramadhan
kau datang ...
Gugurkan aku ke dasar syukur
kembali pada-Nya. 

Ramadhan
cahayamu sebenderang ...
Karamkan aku ke dasar Cinta
sujud pada-Nya.

Ramadhan
suntinglah aku,
sepiku, kasihku, rinduku 
dan seluruh kecintaanku
kembali ke hadirat-Nya.

.
Angah Arie
Seremban   140713

Thursday 25 July 2013

BAZAR RAMADAN



Sejak kebelakangan ini aku sering bercerita tentang harijadi aku sahaja. Kalau diikutkan hati ingin saja aku ceritakan tentang hari kelahiranku ini sehingga sebulan (hehe), tapi takut nanti ada pula yang jemu membacanya. Sebelum aku dilabelkan 'poyo' baik aku ubah topik kembali ke topik asal bulan ni iaitu berkisahkan Ramadan dan diari Ramadan aku. 
Hari ini aku nak cerita tentang Bazar Ramadan. Haa ... Diam tak diam dah hampir sebulan kita berpuasa. Maksudnya puasa dah nak sampai ke penghujung dan selepas ini nanti kita akan sambut hari raya pula. Pasang surut ceritera dalam bulan Ramadan ini merupakan perkara yang sudah biasa namun ada perkara yang tak pernah surut iaitu Bazar Ramadan. Berbagai-bagai kerenah dan kisah-kisah Bazar Ramadan yang mampu membuat hati ceria dan suasana gembira. 
Bazar Ramadan kali ini (tahun ini) sangat meriah sehingga menguja aku untuk meningkatkan prestasi pembelian dan juga konsistan. Setakat hingga hari ini, aku masih lagi belum cicir satu haripun menziarahi Bazar Ramadan. Bazar Ramadan Seremban Dua dah macam dapur aku dah. Berbagai-bagai juadah yang disajikan sangat istimewa dan tak pernah mengecewakan aku. 
Keadaan ini menyebabkan aku memahatkan rekod tahun ini iaitu tak ada seharipun aku memasak dalam bulan Ramadan ni. Oppss lupa. Ada satu hari aku masak sambal sadin. Ada orang kata sedap tapi kurang pedas. hehehe ...  
Bazar Ramadan Seremban Dua, suatu tempat Bazar yang sangat meriah. Mana taukan tahun depan ke atau suatu hari nanti ke aku pula yang berniaga di situ. (senyum). Selamat menjamu selera.
.
Angah Arie
Seremban  240713

Wednesday 24 July 2013

CATATAN BUAT TEMAN *catatan di harijadiku



Terima kasih kerana sudi hadir
hadir pada hari yang wajar aku gembira
hadir di saat yang wajar aku bahagia.
hadir di kala aku memerlukan seseorang untuk berbicara
hadir di waktu aku memerlukan seseorang untuk berseloka.

Terima kasih kerana sudi hadir
hadir tanpa ada kesedihan
hadir tanpa ada tangisan
hadir tanpa ada rajukan
hadir tanpa prasangka.

Terima kasih kerana sudi hadir di hari ulangtahun kelahiranku.
Terima kasih kerana sudi hadir dengan kendiri yang sangat ceria.
Terima kasih kerana sudi hadir dengan senyuman yang sangat manja

Aku ingin kau tahu, hadirmu kali ini sangat ingini.
Aku ingin kau tahu, hadirmu kali ini sangat bererti.
Aku ingin kau tahu, hadirmu kali ini sangat aku hargai.

Terima kasih atas hadiah di hari jadiku.
sangat aku suka hadiahmu kemeja jean TIMBERLAND berwarna biru
sangat aku suka hadiahmu kehadiran dirimu.

Kau tukar harijadiku dari Biru menjadi Jingga.
dariku untukmu, terima kasih tak terhingga.


.
Angah Arie
Seremban 220713




Tuesday 23 July 2013

PUISI RAMADAN : RAMADAN I




Ramadan yang lalu
mengajar aku tentang kasih, sayang dan cinta
mengajar aku erti sabar menanti
dan mensyukuri akan kehadiran.

Ramadan kali ini
mengajar aku tentang rindu, sepi dan sendiri
mengajar aku erti tabah menghadapi
dan menginsafi akan pemergian.

Ramadan ...
Ajarlah aku tentang simpati, empati dan redha
ajarlah aku erti tenang mengharungi
dan menikmati akan kehidupan

Ramadan ...
Bersama barakahmu dan magfirahmu,
aku menadah tangan.


.
Angah Arie
Seremban  210713


Monday 22 July 2013

SALAM RAMADAN 


Alhamdulillah ... Allah masih lanjutkan usiaku untuk mengharungi Ramadan, bulan yang penuh dengan barakah dan keberkatan buat ummat.  
Semoga Ramadan kali ini, dapat aku menginsafi diri dan moga dapat memberi kesan perubahan besar dalam diri dan juga dalam kehidupanku. 
Semoga aku dapat meneruskan perjalanan hidup dan mengharungi liku-likunya kemudian hari dengan lebih rasional, tenang, sabar dan berlapang dada atas apa jua yang datang. 
Semoga dapat aku memenuhi semua impian di bulan Ramadan dan dapat beribadah dengan banyak dan tenang. 
Semoga dosa-dosa lalu terhapus dengan adanya keberkatan Ramadan ini. 
Amin Ya Rabbal A'lamin.
.
angah arie
Seremban  210713

Sunday 21 July 2013

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

~
hanya dengan laguku
kudendangkan kepadamu
di majlis yang bahagia
sempena hari jadimu
dengan nyanyianku ini
yang kucipta untukmu
asalkan semua terhibur
happy birthday to you
~

http://www.youtube.com/watch?v=UhwAanSSov4

Lagu birthday yang aku suka hehehe... Selamat hari jadi Angah !!!






Saturday 20 July 2013

TAK TERUNGKAP III



Tergantung di dinding kamar
wajah-wajah Ramadan.
Di sudut meja
sebuah potret tersenyum
potret seorang angah arie
potret seorang Muhamad Nazri.
Ramadan kali ini
beribu erti.

Malam ini
syukurnya tak terungkap
tangan menadah basah
akuku gugur di dasar redha.

Alhamdulillah.


.
Angah Arie
Seremban

Friday 19 July 2013

TITIK KE BARIS



Hari ini bersama Ramadan, aku melihat suatu titik perubahan yang mungkin dapat ku jadikan sebaris. Sebaris inilah yang aku harapkan mampu menjadi semangat untukku berjuang dan akhirnya membina dan mengembangkannya menjadi satu garisan yang panjang.  
Ya ... Garisan yang panjang. Garisan yang tiada putusnya ibarat kehidupan yang lancar mengalir aturan hidup dan nilai. Garisan yang cukup tebal menyatakan jelas akan warnanya umpama gambaran-gambaran peristiwa yang utuh diluar dari lingkungan khayal. 
Titik ke baris menjadi garisan yang panjang. Satu perlambangan yang harus kubawa utuh untuk merencanakan hidup dan kehidupanku. Sesungguhnya hidup ini bermula dari sesuatu yang kecil hingga menjadi besar. Begitulah jua tahap akal dan jiwa, lahir dari sesuatu perkara yang terbatas sehinggalah menjadi suatu ruang yang cukup luas dan bebas. 
Inilah kitaran hidup. Adakalanya terlalu banyak titik boleh mencabar kewarasan fikir dan juga cara kita bertindak. mungkin titik-titik yang berselerak itu memanggil jutarasa singgah untuk menggoyahkan keteguhan dan pegangan hati. Sungguhpun begitu tidak semua jalan hidup akan disajikan dengan nilai titik. Ada juga yang berbaris-baris ataupun sesuatu garisan yang sangat panjang. 
Apa yang penting, adalah perkembangan dan juga perkara-perkara yang membantu akan perkembangan tersebut seperti dalam kehidupan timur, tradisi-tradisi kiasan menjadi panduan dan rujukan. Maka pentingnya perkembangan cara dan gaya hidup, sedangkan yang lain hanyalah isi dan ceritera, tergantung kepada siapa yang merencana. 
Sesungguhnya hidup ini umpama menapak, berjalan dan berlari. Laksana memandang, berfikir dan menafsir. Ibarat titik ke baris akhirnya ke garisan yang panjang.

.
Angah Arie
Seremban 170713



Thursday 18 July 2013

RAMADHAN - Aku Rindu


Sekali ini
memandang ke langit
terlihat wajahmu
Ramadhan, aku rindu.

Jauh dan dekat
insan bersalaman.
Ya Silaturrahim.

Beginilah wajah kita
menuntun hati
memeluk wahi.
Kembali.

Dan kita kembali.
Kita kembali.
Kembali.


.
Angah Arie
Seremban  200712  23:15







Wednesday 17 July 2013

Ucapan Ramadhan



Assalamua'laikum... aku selitkan di sini ucapan Ramadan tahun lepas. hehe ... Maaf tiada ucapan khusus tahun ini, jadinya aku ambil saja ucapan tahun lepas menyatakan perkara yang sama di bulan yang mulia ini.
Semoga kita semua bermaafan dan menjalani ibadah puasa dengan tenang.
Amin Ya Rabbal A'lamin.



Assalamua'laikum... sahabat-sahabat yang kukasihi semua, dikesempatan yang ada ini, angah ingin memohon maaf andai ada tersilap kata. terkasar perilaku dan juga mana mana sajak dan puisi atau posting angah yang telah menyinggung perasaan kalian.
 
Atas urusan-urusan dan tanggungjawap yang tak dapat dielakkan angah mohon undur diri... moga kita ketemu semula di hari raya nanti... apapun semoga kalian berbahagia sentiasa, dirahmati, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, diberi ruang dan peluang untuk beribadah. diberikan kemaafan yang sewajarnya dan diberikan ruang yang cukup luas untuk menempuh kehidupan.

 
Salam Ramadhan untuk semua dan
Selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat bersahur.

Assalam...
Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh wamagfiratuh wariwa ridduanna..

amin

Tuesday 16 July 2013

Simfoni Ramadhan

Kau tunggu apa lagi
raikan simfoni ini
awalnya rahmah,
pertengahannya maghfirah
penghujungnya pembebasan
istimewanya satu "malam penetapan"
lebih baik dari seribu bulan

kau fikir apa lagi
akarnya "menyengat dan kekeringan"
"panas terik" dari kata harfiah
sebagaimana matahari membakar tanah
seumpama itu membakar dosa dan amarah.

Mari kita tebarkan serawan jala
pungutlah sepuas dan semahunya
dikala 8 pintu tertutup 8 pintu terbuka
keberkatan darjat bertingkat terbentang seluasnya.

Hari ini bersama Ramadhan
masih diberi kesempatan
bersyukurlah dan sandingkan
syahadah nafi dan isbat
sebagai tali pegangan
menempuh kehidupan.

Raikanlah
simfoni Ramadhan
sementara masih di perjalanan.

.
Nazri Yaakop (Angah Arie)
Diari Jingga, Seremban
02082011 13:50

Monday 15 July 2013

USAH RAGU


Hadirku sekadar meminjam waktu
merawat luka dan meredakan sendu
sekelumit memori cuma
belum tentu milikku.

Duhai yang menggoncang raga
sejauh mana aku membelai rindu
masih kutahu batasan cunbu.

Usah ragu.

.
Angah Arie
Seremban  220313  04:00



Sunday 14 July 2013

BANGKITLAH



Bangkitlah
laksana mentari yang bangun dari tidurnya
lalu menyemarakkan jingga yang lahir dari hatinya.

Keringkanlah
serpihan embun yang lahir di dinihari
lalu masa tiba, kau keluar dari kepompong diri.

Mulakanlah
menempuh hidup baru
biar diterik panas pagi
atau lebatnya hujan di tengahari
nantikan di petangnya pelangi.

Mungkinkah
angin sepoi akan singgah 
menemani nafas-nafas senja
menanti remang malam.

Bangkitlah ...


.
Angah Arie
Seremban

*Semoga kau bangkit menempuh kehidupan baru sempena Ramadan ini. Semoga tabah. teruntukmu ...

Saturday 13 July 2013

PERKONGSIAN RAMADAN II


BACAAN DOA NIAT PUASA BULAN RAMADAN


NIAT PUASA


Niat Puasa Ramadhan yang dibaca sekali dalam satu bulan ketika malam pertama tarawih :

Dibaca   : Nawaitu shauma sahri ramadhana Kullihi Lillahi ta’ala.
Artinya : Sengaja aku berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadan tahun ini karena Allah Ta'ala


Niat Puasa Ramadhan yang dibaca setiap malam :

Dibaca   : Nawaitu shauma gadhin ‘an ada-i fardhi syahri ramadhani hadzihis-sanati  lillahi ta’ala.
Artinya : Aku berniat puasa esok hari untuk melaksanakan kewajiban bulan ramadhan tahun ini karena Allah Taala.


Do’a Berbuka Puasa Ramadhan :

Dibaca   : Allahuma laka shumtu wabika amantu wa ‘ala rizqika aftartu birahmatika ya arhama rohimin.
Artinya : Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rizki-Mu aku berbuka, Maha besar Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Friday 12 July 2013


PERKONGSIAN RAMADHAN I



- Dalil Al-Qur'an dan hadis tentang puasa Ramadhan. 
Bismillahirrahmanirrahiim, 
Berikut dalil Al-Qur'an dan Hadis Puasa Ramadhan 
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ 
"Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa" (Al-Baqarah : 183) 
Dari ayat di atas jelas bahawa puasa itu wajib. Ertinya jika dikerjakan berpahala dan jika tidak dikerjakan adalah berdosa.

***
Keutamaan berpuasa ; 
1. "Barang siapa mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari-Muslim) 
2. "Seorang hamba yang berpuasa dalam sehari di jalan Allah, maka akan dijauhkan orang tersebut pada hari itu wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim dingin" (HR Bukhari-Muslim)




Thursday 11 July 2013

HARAPAN RAMADHAN



Kumengharapkan Ramadhan ini penuh makna...

Wednesday 10 July 2013

RAMADHAN 2013



Selamat datang bulan Ramadhan 2013. Marhaban ya Ramadhan 1434 hijrah. Bulan penuh barakah, rahmat dan maghfirah. Besar harapan Ramadhan kali ini disambut dengan meriah hati dan juga perkongsian demi perkongsian, peringatan demi peringatan, hormat menghormati dan beramal mulia. 
Sempenan ramadhan kali ini, moga kita dapat membersihkan hati, berbudi, berbuat baik dan berperasangka baik dan apa yang paling penting maaf-memaafi sesama kita. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Beramallah sebanyaknya kerana di bulan ramadhan ini 8 pintu tertutup 8 pintu terbuka, maka setinggi ganjaran di bulan ini.. insyaAllah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai. 
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat beramal ibadah di bulan yang mulia ini. 
~
Senja telah tumbuh di atas kepala
putihkan hati putihkan sukma.
.
Angah Arie
Seremban 


Tuesday 9 July 2013

RESEPI LORONG SEPI (*garapan semula)



Bintang-bintang ke syurga bercempera di perbaringan senja
tangan usang menadah mimpi berteman hujan
hati basah dalam keliru 
tadinya menampi jerami rindu
kini membilang bayang-bayang hilang
lalu pautan harap bergemeratap dan ranap
diterjah malam nan melamar suram
sepi dan terus sepi
sedari tadi duduk di sini bagai memeluk mati
lalu kesepianku edan dalam nyilu dan nyeri
sesekali denting berbunyi
rasa ini seakan menitis sendiriannya berdiri di pagaran hakiki
dan akal nan rebah meronta dikekang dunia
musala dinihari bukan sekadar bukti
... perang satu lagi.

Sesungguhnya
aku sandarkan Cinta
pada nama dan sifat-Nya
biar benar-benar tersentuh
biar resepi termateri
lorong sepi.


.
Angah Arie
Seremban 020713  


Monday 8 July 2013





KATA BERKATA

Kata mata aku pedih
kata lidah aku kelu
lalu kaki berkata aku kaku.

Kata hati aku nak mati
kata jiwa aku lara
lalu akal berkata aku kusut.

Tetiba tangan menampar semua
sambil berkata "Bisinglah korang ni!"
Tangan bertanya 
"Dari tadi senyap ko nak kata apa?"
Lalu KATA pun berkata
"Aku tak mau berkata apa-apa"

.
Angah Arie


Sunday 7 July 2013

SERABUT



Angin itu datang melintang-pukang
membalun aku kiri kanan, depan dan belakang
derunya menerjah, menghimpit aku ke dinding.
Berilah sedikit ruang untuk bernafas.

Serabut.

.
Angah Arie
Seremban 230413

Saturday 6 July 2013

PERKONGSIAN

*Dari seorang teman FB

Seseorang yang benar-benar mencintaimu itu..

Bukanlah dia yang selalu bilang I LOVE YOU kepada kamu.
Bukanlah dia yang selalu berkata mesra di hadapanmu.
Bukanlah dia yang selalu mengatakan seberapa besar dia mencintaimu.

Akan tetapi..

Dia yang selalu mengkhawatirkan­keadaanmu.
Dia yang selalu ingin tahu kabarmu.
Dia yang selalu ingin membuatmu bahagia.
Dia yang selalu mengerti perasaan kamu tanpa harus diminta.
Dia yang tak pernah menuntut cinta kamu untuk diperlihatkannya.
Dia yang tak pernah ingin membuatmu menangis karena ulahnya.
Dia yang selalu menghargai dan memuliakanmu.

Karena dia tahu bahwa ketulusan cinta itu tidak perlu diperlihatkan di depan orang banyak agar mereka tahu bahwa kamu adalah satu-satunya cintanya.

Melainkan bagaimana dia mampu membuktikan seperti apa dia mampu untuk selalu setia dan melindungimu serta bertanggungjawab untuk menghalalkanya.

Bukan hanya sekedar cinta di mulut saja.
Dan bukan cinta pelampiasan nafsu belaka.

Friday 5 July 2013

EXPLOITASI RABAK VII - Kisah anak babi dan anak kerbau


Diceritakan di dalam sebuah hutan ni tinggallah berbagai-bagai jenis binatang. Adapun di dalam banyak-banyak binatang ni terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau. Pada suatu petang ketika mereka sedang melepak-lepak di taman dalam hutan ...
Babi :  Eish, boring la pulak kan kerbau.
Kerbau : A' ah, boring betul. Kau fikir apa yang kita boleh buat untuk hilangkan boring ni.
Babi : Haaa Apa kata kita melukis. Kau lukis gambar aku, aku lukis gambar kau.
Kerbau : Ok jugak tu. Apa kata ko lukis dulu.
Babi : Ok ko duk diam-diam. 
5 minit kemudian ... 
Babi : Hah, dah siap, nah.
Kerbau : Wah ! lawanya kau lukis. OK sekarang giliran aku pula. Ko pulak duk diam-diam ye.
Babi : Ok 
(5 minit kemudian...) 
Kerbau : Nah dah siap muka kau yang lawa ni.
Babi : (muka tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau) Apa yang kau lukis ni kerbau!?
Kerbau : Laa aku lukis muka ko laaa (kerbau tak puas hati)
Babi : Ni bukan muka aku, Ni muka BABI !




Thursday 4 July 2013

EXPLOITASI RABAK VI - Ponteng Solat Jumaat


Alkisah ... Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap-hendap di dalam semak, tiba-tiba dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang nyenyak tidur. 
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua-dua kakinya patah. (jangan risau .. ini bukan berita buruk ok. Ada lagi berita buruknya iaitu..) ... HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. 
"Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini. Ampunilah aku ya Allah. Makbulkanlah hajatku ini. Jadikanlah HARIMAU yang memburuku Muslim yang beriman, tolong aku ya Allah! Aminnn." 
Tiba-tiba guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan lelaki tadi, Tiba-tiba...
Sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit, HARIMAU tersebutpun berdoa. "Allahumma barik lana fima razaktana waqina azabbannar. Amin!
 



Wednesday 3 July 2013

EXPLOITASI RABAK (V) - Kambing dan Ayam



Kisah kambing & ayam
Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.
Ayam: Kambing, pekabo?
Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok reaksi engko.
Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?
Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.
Kambing: Apa?
Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak…

Tuesday 2 July 2013

EXPLOITASI RABAK (IV) - Bukan Anak

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! (Terkejut Badak dan Unta Suzy..) 

Monday 1 July 2013

EXPLOITASI RABAK (III) - Kawan Atok



Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .  
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tongberwarna merah. 
"Atok buat apa tu?". 
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.Cucunya bertanya lagi, 
"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tongmerah tu?"